Langkau ke kandungan
MWPRINTWORKS
Premium Printing Hub

Dari Idea
Ke Realiti.

Cetak material pemasaran perniagaan anda dengan warna yang tajam, material premium dan hasil yang profesional bersama MWPRINTWORKS. Kira harga sendiri dan tempah dalam beberapa minit.

Tanya Admin

Siap Next Working Day

Pilihan express untuk banner & bunting

Harga Telus

Lihat jumlah harga sebelum tempah

Pos, Hantar atau Ambil

Pilih cara penyerahan yang sesuai

Jaminan Reprint

Percuma jika salah pihak produksi

Katalog Cetakan

Pilih produk, masukkan spesifikasi dan lihat harga serta-merta.

Cara Membuat Tempahan

  1. 1

    Pilih & kira harga

    Masukkan saiz, kemasan dan kuantiti. Harga dikira automatik.

  2. 2

    Masukkan ke bakul

    Tambah beberapa produk sekaligus. Bakul disimpan walaupun anda tutup laman.

  3. 3

    Hantar via WhatsApp

    Spesifikasi lengkap dihantar terus kepada admin kami.

  4. 4

    Artwork & bayaran

    Hantar fail rekaan, admin sahkan harga dan produksi bermula.

Keperluan Cetakan Lain?

Kami juga menyediakan pelbagai produk cetakan dan rekaan korporat khas. Tekan mana-mana item untuk minta sebut harga terus melalui WhatsApp.

WhatsApp Admin Sekarang
Semua Produk

Cetak Bunting

Masukkan saiz, pilih kemasan dan lihat harga serta-merta.

1. Unit Ukuran
2. Saiz (Tinggi × Lebar)

Saiz popular (kaki):

3. Kemasan (Finishing)
5. Tempoh Siap

Fail artwork dalam format PDF atau JPG (warna CMYK). Fail dihantar melalui WhatsApp selepas pesanan dibuat.

Semua Produk

Roll Up Bunting

Praktikal dan mudah dibawa ke mana-mana. Pilih pakej dan kuantiti.

1. Pilihan Pakej
Semua Produk

Wing Flag

Set lengkap tiang, tapak dan bendera. Menyerlah di luar kedai.

1. Ketinggian
Semua Produk

Business Namecard

Kemasan matte lamination, kad 260gsm premium.

1. Jenis Cetakan
2. Kuantiti Kad

Contoh: 3 set untuk 3 nama berbeza.

Semua Produk

Sijil Korporat / Penghargaan

Lebih banyak tempah, lebih murah harga sekeping.

Spesifikasi
Saiz A4 Simili Paper 140gsm Cetakan 1 Side

Bakul Pesanan

Semak item anda, isi maklumat dan hantar pesanan melalui WhatsApp.

Item Dipilih

Tambah produk

Nota artwork: Selepas menghantar pesanan, lampirkan fail rekaan (PDF, JPG atau PNG) terus dalam chat WhatsApp yang sama.

Maklumat Pesanan

Kaedah Penyerahan
Artwork (Rekaan)
Jumlah cetakanRM 0.00
Caj penghantaranRM 0.00
Anggaran jumlahRM 0.00

Harga adalah anggaran. Admin akan mengesahkan harga akhir dan butiran pembayaran melalui WhatsApp.

Pesanan Anda Sudah Sedia

WhatsApp sepatutnya telah dibuka dengan butiran pesanan anda (). Tekan Hantar dalam WhatsApp untuk melengkapkan pesanan.

  1. 1Tekan Hantar dalam WhatsApp.
  2. 2Lampirkan fail artwork (PDF/JPG, warna CMYK) dalam chat yang sama.
  3. 3Admin akan mengesahkan harga akhir dan memberikan butiran pembayaran.
  4. 4Produksi bermula selepas bayaran dan artwork disahkan.
Buka WhatsApp Semula
Kembali ke halaman utama

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya pelanggan.

Apakah format fail artwork yang diterima?
PDF, JPG atau PNG beresolusi tinggi dalam mod warna CMYK. Fail RGB atau beresolusi rendah boleh menyebabkan warna lari atau imej pecah.
Bagaimana cara menghantar artwork?
Selepas anda menghantar pesanan melalui WhatsApp, lampirkan fail rekaan dalam chat yang sama.
Saya tiada artwork. Boleh bantu reka?
Boleh. Pilih "Perlukan khidmat reka bentuk" semasa membuat pesanan. Caj rekaan akan dimaklumkan oleh admin.
Adakah harga dalam laman ini muktamad?
Harga dalam kalkulator adalah anggaran. Harga rasmi dan kos penghantaran sebenar akan disahkan oleh admin melalui WhatsApp.
Bagaimana cara membuat bayaran?
Selepas harga disahkan, admin akan memberikan butiran pembayaran melalui WhatsApp. Tempahan diproses selepas bayaran penuh (atau deposit yang dipersetujui) disahkan dan artwork dimuktamadkan.
Berapa lama tempoh siap?
Banner dan bunting boleh siap pada hari bekerja berikutnya dengan pilihan Next Working Day (caj tambahan). Tempoh biasa akan disahkan oleh admin. Hari bekerja produksi ialah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum.
Berapakah caj penghantaran?
Bagaimana jika produk yang diterima rosak atau salah?
Jika kesilapan berpunca daripada pihak produksi kami, kami akan cetak semula tanpa kos tambahan. Aduan perlu dibuat dalam tempoh 72 jam selepas barang diterima. Lihat Polisi Pemulangan.

Masih ada soalan?

Tanya di WhatsApp

Tentang Kami

Selamat datang ke MWPRINTWORKS, pusat penyelesaian sehenti bagi segala keperluan percetakan anda. Kami memahami bahawa setiap cetakan adalah representasi perniagaan dan jenama anda. Oleh itu, kami komited untuk menyampaikan kualiti cetakan yang premium, ketajaman warna yang tepat dan perkhidmatan pelanggan yang efisien.

Sama ada anda memerlukan banner besar untuk acara korporat, kad perniagaan yang eksklusif, bunting promosi atau cenderahati khas, pasukan kami sentiasa bersedia untuk merealisasikan idea anda dari paparan skrin kepada realiti fizikal.

Visi & Misi Kami

  • Menjadi peneraju percetakan kualiti premium di Malaysia.
  • Memastikan ketepatan masa, kemampuan dan kualiti seiring dalam setiap pesanan.
  • Membantu usahawan dan syarikat, kecil mahupun besar, melonjakkan penjenamaan mereka melalui medium cetakan.

Dimiliki oleh Mazwa Wangsa Enterprise 202203308738 (MA0294850-K).

Hubungi Kami

Ada soalan atau perlukan nasihat tentang material, saiz dan rekaan? Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami:

WhatsApp & Telefon

018-959 9775 Mesej Sekarang →

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 6:00 petang

Sabtu: 9:00 pagi – 1:00 petang

Ahad & Cuti Umum: Tutup

Terma & Syarat

Sila baca dan fahami Terma & Syarat berikut sebelum membuat sebarang tempahan dengan MWPRINTWORKS. Dengan membuat tempahan, anda dianggap telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

1. Fail Rekaan (Artwork)

  • Semua fail mestilah disediakan dalam format PDF, JPG atau PNG resolusi tinggi dengan format warna CMYK.
  • Kami tidak bertanggungjawab ke atas kualiti cetakan yang kabur, warna lari atau teks terpotong sekiranya fail asal tidak menepati spesifikasi resolusi, margin keselamatan (bleed/safe zone) dan profil warna CMYK.

2. Proses Tempahan & Pembayaran

  • Sebut harga dalam kalkulator web adalah anggaran. Harga rasmi dan kos penghantaran sebenar akan disahkan melalui WhatsApp.
  • Tempahan hanya akan diproses selepas bayaran penuh (atau deposit yang dipersetujui) disahkan dan rekaan (artwork) telah dimuktamadkan.

3. Tempoh Masa (Lead Time)

  • Hari bekerja kami adalah Isnin hingga Jumaat. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum tidak dikira sebagai hari bekerja untuk proses produksi.
  • Kelewatan penghantaran oleh kurier pihak ketiga (seperti Pos Laju, J&T dan lain-lain) adalah di luar bidang kuasa kami, namun kami akan membantu memantau status pesanan.

Dasar Privasi

Di MWPRINTWORKS, kami memandang serius privasi data anda. Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi anda.

1. Pengumpulan Maklumat

Kami hanya mengumpul maklumat yang diserahkan secara sukarela oleh anda melalui borang pesanan di laman web ini (seperti nama, nombor telefon dan alamat penghantaran) atau melalui mesej WhatsApp.

Maklumat borang dan bakul pesanan anda disimpan dalam pelayar (browser) anda sendiri supaya tidak hilang apabila laman ditutup. Maklumat ini tidak dihantar kepada kami sehingga anda menekan butang hantar pesanan.

2. Penggunaan Maklumat

  • Memproses, menguruskan dan menghantar tempahan cetakan anda.
  • Menghubungi anda berkenaan status rekaan (artwork), masalah teknikal cetakan atau invois pembayaran.

3. Perlindungan Maklumat

Maklumat anda tidak akan dijual, ditukar atau dipindahkan kepada syarikat luar tanpa kebenaran anda, selain untuk tujuan asas penghantaran produk (seperti memberikan alamat kepada syarikat kurier).

Polisi Pemulangan

Oleh kerana barangan percetakan adalah tempahan khas (custom made), semua jualan adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan wang atau dibatalkan setelah proses pencetakan dimulakan.

1. Cetakan Semula (Reprint) atas Kesalahan Produksi

Sekiranya terdapat kecacatan fizikal atau kesalahan jelas berpunca daripada pihak produksi kami (cth: ukuran salah, material salah, kemasan berbeza daripada invois), kami akan menawarkan cetakan semula (reprint) tanpa kos tambahan. Aduan mestilah dibuat dalam tempoh 72 jam (3 hari) selepas barangan diterima.

2. Pengecualian

Kami tidak menawarkan cetakan semula atau pemulangan wang bagi isu-isu berikut yang berpunca daripada pihak pelanggan:

  • Kesalahan ejaan, nombor atau tatabahasa dalam artwork yang telah disahkan (final approved).
  • Warna lari yang disebabkan oleh format fail RGB dan bukannya CMYK.
  • Imej pecah (pixelated) kerana fail resolusi rendah dibekalkan oleh pelanggan.

3. Proses Aduan

Sila hantar bukti bergambar atau video yang jelas berkenaan kecacatan produk melalui WhatsApp. Kami akan menilai aduan dengan segera dan memberi maklum balas tindakan pembaikan.